NOTIS DATA PRIVASI
Notis privasi ini (“Notis Privasi”) dikeluarkan oleh Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (“FMOS”, “kita” atau “kami”) selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), kepada:
- ahli-ahli FMOS (“Ahli”);
- mana-mana orang yang telah membuat aduan kepada FMOS (“Pengadu”); dan
- anggota-anggota orang awam yang berinteraksi dengan FMOS, atau yang melayari dan mengakses laman web FMOS.
Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpul
Data peribadi bermaksud maklumat dalam pegangan kami yang berkait samada secara langsung atau tidak langsung kepada seseorang individu setakat membolehkan pengecaman individu ataupun pengecaman individu daripadanya dan maklumat lain dalam pegangan kami, yang untuk tujuan Notis Privasi ini, termasuk:
- maklumat yang anda berikan kepada kami, sperti nama anda, alamat, nombor-nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, alamat e-mel, pekerjaan dan lain-lain;
- maklumat yang dikumpulkan untuk memudahkan penyelesaian pertikaian / tuntutan yang dikemukakan oleh atau terhadap anda,seperti perincian pertikaian, perincian produk atau perkhidmatan yang terkait dengan pertikaian tersebut, jumlah yang dituntut, maklumat berkaitan tindakan yang diambil berkenaan dengan pertikaian tersebut, sebarang maklumat atau dokumen sokongan berkenaan pertikaian tersebut, dan lain-lain;
- maklumat yang dikumpulkan oleh pihak-pihak ketiga atau sumber-sumber lain yang dibenarkan atau diberikuasa, seperti di mana anda telah memberi kebenaran di laman-laman web pihak ketiga untuk mendedahkan kepada kami maklumat berkaitan dengan anda.
Data peribadi untuk tujuan notis ini mungkin, di mana berkenaan, merangkumi data peribadi sensitif seperti ditakrifkan di bawah PDPA yang bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan kesalahan ataupun dakwaan kesalahan oleh seseorang individu ataupun mana-mana data peribadi.
Bagaimana Kami Mengguna Data Peribadi Anda
Sekiranya anda adalah Pengadu yang telah membuat aduan kepada FMOS:
- untuk menilai kelayakan anda untuk mengemukakan tuntutan atau pertikaian anda kepada kami untuk penyelesaian;
- menilai dan memproses tuntutan atau pertikaian yang dikemukakan oleh anda;
- mengenal pasti dan menyiasat isu yang dibangkitkan dalam aduan yang dikemukakan oleh anda;
- mendapatkan laporan-laporan bebas daripada mana-mana pakar, penasihat undang-undang atau mana-mana sumber lain jika diperlukan;
- sekiranya pertikaian tersebut telah diselesaikan, untuk penguatkuasaan keputusan yang disampaikan oleh FMOS atau untuk menguatkuasakan perjanjian penyelesaian yang dimeterai antara anda dan pihak lain kepada aduan tersebut;
- melaksanakan, mengurus dan/atau mengekalkan hubungan anda dengan kami, pertikaian anda dan urusan anda dengan kami;
- memproses pembayaran anda, termasuk membekalkan bil kepada anda, menyimpan rekod kewangan, menilai atau mengesahkan butiran-butiran kad kredit/debit dan membolehkan pembayaran sebarang jumlah yang dihutang kepada kami dan semua perkara-perkara kewangan yang berkaitan;
- membekalkan anda dengan perkhidmatan, sokongan, pengurusan dan perkhidmatan lain yang berkaitan, termasuk membalas kepada pertanyaan dan aduan anda;
- mempromosi acara-acara dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, atau mempromosi acara-acara dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang mana kami rasa mungkin anda berminat atau berpendidikan kepada anda melalui acara-acara promosi (sama ada dianjurkan oleh FMOS atau pihak-pihak ketiga), penyebaran bahan-bahan pendidikan atau borang-borang tinjauan atau kaedah-kaedah lain, mana yang berkenaan;
- mengendali atau melaksana penyelidikan, tinjauan, penilaian, atau analisis untuk penyediaan laporan atau bahan-bahan pendidikan untuk tujuan-tujuan kesedaran;
- mematuhi obligasi pelaporan dan pengawalseliaan;
- sebarang tujuan-tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan dengan hubungan anda dengan kami; dan
- untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan FMOS.
Sekiranya anda adalah seorang Ahli FMOS:
- untuk menilai dan memproses tuntutan atau pertikaian yang dikemukakan terhadap anda;
- mengenal pasti dan menyiasat isu yang dibangkitkan dalam aduan yang dikemukakan terhadap anda;
- mendapatkan laporan-laporan bebas daripada mana-mana pakar, penasihat undang-undang atau mana-mana sumber lain jika diperlukan;
- sekiranya pertikaian tersebut telah diselesaikan, untuk penguatkuasaan keputusan yang disampaikan oleh FMOS atau untuk menguatkuasakan perjanjian penyelesaian yang dimeterai antara anda dan pihak lain kepada aduan tersebut;
- melaksanakan, mengurus dan/atau mengekalkan hubungan anda dengan kami, pertikaian anda dan urusan anda dengan kami;
- memproses pembayaran anda, termasuk membekalkan bil kepada anda, menyimpan rekod kewangan, menilai atau mengesahkan butiran-butiran kad kredit/debit dan membolehkan pembayaran sebarang jumlah yang dihutang kepada kami dan semua perkara-perkara kewangan yang berkaitan;
- membekalkan anda dengan perkhidmatan, sokongan, pengurusan dan perkhidmatan lain yang berkaitan, termasuk membalas kepada pertanyaan dan aduan anda;
- mempromosi acara-acara dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, atau mempromosi acara-acara dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang mana kami rasa mungkin anda berminat atau berpendidikan kepada anda melalui acara-acara promosi (sama ada dianjurkan oleh FMOS atau pihak-pihak ketiga), penyebaran bahan-bahan pendidikan atau borang-borang tinjauan atau kaedah-kaedah lain, mana yang berkenaan;
- untuk menerima kemas kini, berita, e-mel promosi dan pemasaran atau bahan-bahan daripada FMOS berkaitan sebarang acara-acara yang dianjurkan oleh FMOS;
- mengendali atau melaksana penyelidikan, tinjauan, penilaian, atau analisis untuk penyediaan laporan atau bahan-bahan pendidikan untuk tujuan-tujuan kesedaran;
- mematuhi obligasi pelaporan dan pengawalseliaan;
- sebarang tujuan-tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan dengan hubungan anda dengan kami; dan
- untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan FMOS.
Sekiranya anda berinteraksi dengan FMOS / melayari laman web FMOS:
- untuk membalas kepada dan menangani pertanyaan-pertanyaan atau permintaan-permintaan anda, atau membekalkan anda dengan maklumat yang diminta;
- untuk memproses sebarang permohonan atau borang-borang lain yang dihantar oleh anda dan di mana relevan, untuk membantu anda dengan mana-mana proses permohonan;
- membekalkan anda dengan perkhidmatan, sokongan, pengurusan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan;
- melaksanakan, mengurus dan/atau mengekalkan hubungan anda dengan kami;
- mempromosi acara-acara dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, atau mempromosi acara-acara dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang mana kami rasa mungkin anda berminat atau berpendidikan kepada anda melalui acara-acara promosi (sama ada dianjurkan oleh FMOS atau pihak-pihak ketiga), penyebaran bahan-bahan pendidikan atau borang-borang tinjauan atau kaedah-kaedah lain, mana yang berkenaan;
- untuk membekalkan anda dengan dengan kemas kini, berita, e-mel promosi dan pemasaran atau bahan-bahan daripada FMOS berkaitan sebarang acara yang dianjurkan oleh FMOS;
- untuk membolehkan anda menggunakan laman web FMOS, seperti untuk mengemukakan pertanyaan-pertanyaan kepada kami melalui laman web FMOS;
- untuk membekalkan maklumat yang relevan kepada anda semasa anda melayari laman web FMOS;
- untuk memastikan laman web FMOS berfungsi secara berterusan, termasuk untuk memastikan kualiti perkhidmatan kami dan interaksi-interaksi dengan anda; dan
- sebarang tujuan-tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan denan hubungan anda dengan kami;
(secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).
Sila dimaklumkan bahawa kami mungkin akan menganonimkan atau mengagregatkan data peribadi anda dengan mengecualikan maklumat (seperti nama anda) yang membuat data tersebut mengenal pasti anda (“Maklumat Tanpa Nama”), yang mungkin meggunakan sifat atau format termasuk ringksan statistik mengikut sector atau sifat-sifat kes dan sebarang sinopsis kes-kes individu tanpa mendedahkan identiti pihak-pihak pertelingkahan. Maklumat Tanpa Nama ini mungkin akan digunakan untuk tujuan penyelidikan, penilaian dan pendidikan.
Kami mungkin memperoleh data peribadi anda daripada diri anda dan daripada pelbagai sumber-sumber yang lain, termasuk daripada pihak-pihak ketiga yang berkait dengan anda dan daripada sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran anda untuk mendedahkan data peribadi anda (misalnya maklumat yang dikumpulkan semasa anda melayari laman web kami).
Kami akan memproses data peribadi anda menurut kepada PDPA, peraturan-peraturannya yang terpakai, garis-garis panduan dan/atau perintah-perintah, dengan mengambil kira pindaan-pindaan terkini kepada yang terdahulu, Notis Privasi ini dan sebarang terma privasi yang terkandung dalam perjanjian anda atau syarat-syarat penggunaan dengan kami.
Pendedahan Data Peribadi Anda
Kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, kecuali kepada:
- FMOS, para pekerja, pengarah, pengantara dan adjudikator/ombudsman luar, Jawantankuasa Rayuan SIDREC di bawah skim penyelesaian pertikaian pendahulu dan ejen FMOS;
- para pakar kami, penasihat profesional, vendor, pembekal, ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, yang berkaitan dengan sebarang Tujuan-Tujuan di atas, termasuk pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memperibadikan jenis-jenis maklumat anda yang diterima oleh kami dan untuk menyesuaikan, menambahbaikan dan mengembangkan kandungan dan fungsi untuk membantu kami membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan yang lebih baik;
- pewaris hakmilik kepada kami;
- mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa dan/atau badan berkanun;
- para pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat/wakilnya) berkaitan dengan sebarang proses korporat, misalnya sebarang penggabungan dan/atau pengambilalihan, usaha sama, latihan pembiayaan, penjualan aset yang dicadangkan atau sebenarnya atau untuk mana-mana perkara bersamaan jenis yang berkaitan dengan kami;
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia, berkenaan maklumat yang berkaitan dengan sebarang trend, tipologi atau salah laku yang telah timbul dari satu pertikaian atau pertikaian-pertikaian;
dan sekiranya diperlukan, kepada mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit dalam melaksanakan Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas atau kepada pihak-pihak sepertimana yang diwajibkan atau diperuntukkan di bawah undang-undang untuk membuat pendedahan tersebut.
Bagaimana Sekiranya Data Peribadi Yang Dibekalkan Anda Adalah Tidak Lengkap?
Kami perlu mengumpul dan memproses data peribadi anda. Sekiranya anda tidak membekalkan kami dengan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat membekalkan anda dengan perkhidmatan kami secara efektif atau memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-Tujuan, jika ada.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda
Kami berkomited kepada memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat dan akan menyimpan data peribadi anda hanya untuk jangka masa yang diperlukan dan/atau mengikut apa yang dibenarkan di bawah PDPA dan mengikut polisi FMOS. Anda berhak untuk meminta akses kepada, meminta salinan dan meminta untuk mengemas kini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (misalnya, meminta kami berhenti menghantar kepada anda sebarang bahan-bahan promosi atau menghubungi anda untuk tujuan-tujuan pendidikan atau promosi), tertakluk kepada hak kami untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian statutori dan/atau pengecualian untuk mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.
Permintaan atau pertanyaan bertulis anda harus ditujukan kepada:
Kepada : Pegawai Perlindungan Data (DPO)
Alamat : Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS)
Level 14 Main Block, Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
No Telefon : +60 3 2272 2811
Alamat Email : dpo@fmos.org.my
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda menurut kepada Notis Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau lapuk. Anda mesti, dengan segera, memberitahu kami sekiranya terdapat sebrang perubahan kepada data peribadi anda.
Setakat mana yang anda telah memberikan (atau akan memberikan) data peribadi megenai ahli keluarga, pasangan, tanggungan lain anda (jikalau anda ialah seorang individu), pengarah, pemegang saham, wakil, ejen (jikalau anda ialah sebuah entiti korporat/organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda memberi representasi dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut kepada Notis Privasi ini.
Berkenaan dengan individu yang belum mencapai usia dewasa (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu-individu yang tidak kompeten di bawah undang-undang untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai kewajipan ibu bapa terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka atau mereka telah melantik anda untuk mewakili mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.
Pindaan terhadap Notis Privasi ini
Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda mengenai sebarang perubahan kepada Notis Privasi ini melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara lain yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis Privasi ini, pindaan tersebut hanya akan terpakai untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi yang terpinda.
Menurut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.